|
JABATAN DAKWAH 2007 - 2009 1. Muqaddimah Jabatan Dakwah memainkan peranan yang penting kerana itulah tujuan dan maksud Persatuan Muhammadiyah ditubuhkan sebagai sebuah organisasi bagi menegakkan dan menjunjung tinggi agama Islam sehingga terwujudnya masyarakat yang suci daripada syirik dan khurafat. Rancangan-rancangan yang kukuh dan tersusun diaturkan sehingga dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang baik dan beriltizam dengan Islam. Program-program dalaman bagi mewujudkan tenaga pelapis untuk terus berdakwah dan program-program luaran bagi mendidik masyarakat tentang bahayanya syirik serta amalan-amalan bida`ah lagi khurafat. 2. Misi Mengajak manusia kembali kepada pegangan Al-Quran dan sunnah Rasulullah. 3. Visi Berdakwah menerusi pentarbiyahan yang sesuai dengan perkembangan masa dan zaman kini melalui wahyu Ilahi.
4. Objektif
4.1 Masyarakat mendapat penerangan aqidah yang jelas dan betul. 4.2 Masyarakat mengamalkan ibadah yang tulen secara teori atau praktikal. 4.3 Masyarakat hidup dengan adab-adab dan nilai-nilai keislaman. 5. Ahli jawatankuasa bagi penggal 2007-2009 5.1 Penasihat Shaik Hussain Bin Shaik Yacob 5.2 Pengerusi Abdur Rahim s/o Abul Nasir 5.3 Naib Pengerusi I Rasman Bin Saridin 5.4 Naib Pengerusi II Abdull Salam Bin Mohd Sultan 5.5 Anggota Idris Bin Abdul Rahim 5.6 Anggota Harith Fadzillah Bin Abbas 5.7 Anggota Ayoub Bin Ahmat 5.8 Anggota Abu Bakar Bin Amat 6. Program No. | Perkara | Matlamat | Penyampa | 6.1 | Ceramah / Syarahan / Forum | Menyampaikan dakwah yang berterusan di samping menghidupkan aktiviti-aktiviti di dalam / luar Pusat dan merapatkan silaturahimi dengan masyarakat. | Undangan dalam / luar negeri | 6.2 | Kelas Aqidah | Menyampaikan aqidah yang betul, membasmi khurafat dan tahayul. | Ustaz Abdul Salam | 6.3 | Kelas Harfiyyah | Memahami makna al-Quran mengikut kaedah yang betul. | Ustaz Idris Hamzah | 6.4 | Khutbah | Menyampaikan dakwah kepada masyarakat umum melalui hari Jumaat dan dua hari raya. | 3 Presiden, Abdul Salam, Zulkifli Mohd, dll. | 6.5 | Kursus Imam & Dua`t | Melahirkan para imam dan pendakwah yang berkualiti. | - | 6.6 | `Outreach Belia` | Mendampingi belia, membaiki akhlak dan memperkenalkan ajaran Islam. | - | 6.7 | Program Ramadan | Menghidupkan Ramadan dengan amalan-amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah. | - | 6.8 | Ziarah Pesakit | Menghidupkan sunnah di samping memperkenalkan dan menyampaikan ajaran Islam. | - | 6.9 | Dakwah kepada Muslim | Memberi didikan dan pengetahuan Islam yang asas bagi mereka yang baru memeluk Islam. | - | 6.10 | Dakwah kepada non-Muslim | Mengajak mereka memeluk Islam. Memberi didikan dan pengetahuan Islam yang asas. | - |
|