Site Login

Username              

Staff Access

MA Webmail for Staff
MESS for Staff

Feedback?
Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W (Feb '12)

KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Pendahulaun

Jika disebut nama Muhammad s.a.w, pastinya kita akan terbayang seorang rasul yang agung, seorang nabi yang dijunjung serta seorang komander perang yang disanjung. Walaupun dengan segala kuasa yang ada ditangannya, pada hakikatnya, beliau adalah seorang insan biasa yang diturunkan kepadanya wahyu namun pada masa yang sama memiliki segala nilai-nilai insani yang murni di dalam dirinya.

Maka kita tidak dapat meminggirkan diri kita dari mencontohi akhlak dan keperibadian yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Maka itu, ketika Aisyah r.a ditanya tentang akhlak Nabi Muhammad saw, ia menjawab bahwa : “ Akhlaknya adalah Al Quran “. ( HR. Ahmad dan Muslim ). Ternyata, jika kita mengkaji Al-Quran dengan mendalam, pasti kita akan mendapati betapa banyak sekali pengajaran-pengajaran yang mulia dan berharga untuk kita amalkan. Bukan itu sahaja, Allah s.w.t. sendiri mengakui akan kemuliaan akhlak Nabi Muhammad s.a.w. dengan firmanNya dalam surah Al-Ahzab pada ayat 21: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu yaitu bagi orang yang mengharap ( rahmat ) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Alah.“ Allah s.w.t berfirman lagi dalam surah Al-Qalam pada ayat 4: ” Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”

Suri teladan yang baik

Jika masih ada sebahagian manusia yang meragui akan kemulian akhlak Nabi Muhammad s.a.w., suruhlah mereka mengkaji sejarah hidup beliau, pasti mereka akan mengangguk kepala dan mengiyakan kebenaran firman Allah s.w.t yang disebutkan tadi. Tidak ada manusia pun yang lebih tawadhuk darinya. Beliau adalah seorang insan yang memiliki kelembutan dalam pergaulan sesama isteri-isterinya dan sentiasa menyayangi sahabat-sahabatnya dan orang-orang yang ada di sekelilingnya dan selalu memaafkan walaupun jiwa dan dirinya dilukai. Sikapnya yang jujur dan sabar menbuatkan orang-orang di sekelilingnya mencintai dan menyayanginya. Sehinggakan kesemua ucapan, kata-kata dan bacaaannya serta tangisannya memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap diri setiap insan yang hidup sezaman dengannya.

Untuk kita merasakan kesan yang sama dari seorang insan yang telah meninggalkan kita lebih 1400 tahun tidaklah mustahil kerana beliau telah meninggalkan sebuah harta selain kitabullah yang tidak ternilai bagi umatnya yang hidup selepasnya . Harta yang dimaksudkan ialah hadith-hadithnya. Maka untuk kita merasakan kesan dari seorang insan yang bernama Muhammmad s.aw., haruslah kita mengikuti dan mencontohi segala kata-kata dan tingkah lakunya untuk kita menikmati kesenangan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya sifat-sifatnya yang terpuji sangatlah banyak, namun penulis akan menyenaraikan beberapa sifat-sifat dan sikap-sikap Nabi Muhammad s.aw. yang terpuji serta menyajikan sekali hadith-hadithnya untuk renungan dan pengahayatan bersama.

Sifat-sifat dan sikap-sikap Nabi Muhammad s.aw. yang terpuji:

  1. Tawadhuk

v Dari Umar bin Khattab r.a. berkata: Rasulullah berpesan: “ Janganlah kamu semua melampaui batas semasa memujiku, sebagaimana orang nasrani melampaui batas memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, oleh itu katakanlah aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.” (HR Bukhari dan Tirmizi)

v Dari Amarah berkata: Seseorang bertanya kepada Aisyah: Apakah yang Rasulullah lakukan di rumah? Aisyah menjawab: Beliau sama seperti orang lain. Beliau menjahit pakaian, memerah susu kambing dan menyiapkan keperluan diri beliau sendiri. (HR Bukhari dan Tirmizi)

  1. Lemah lembut

v Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w mencium salah satu isterinya ketika beliau sedang berpuasa , kemudian dia (isterinya) tertawa". (HR. Muslim)

v Ibn Asaakir meriwayatkan dari Aisyah ra. Bahwasanya Rasulullah sa..w berkata kepadanya: " Apakah engkau rela menjadi isteriku dunia akhirat? Beliau menjawab: ya aku rela. Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "engkau adalah isteri saya dunia dan akhirat." (Berkata Albany di silsilatus sahih: HR. Hakim).

  1. Penyayang

v Aisyah r.a. berkata; Pada suatu hari, Nabi s.a.w menemui dan bertanya, “Apakah kamu mempunyai makanan?” kami menjawab, Tidak. Beliau bersabda: “Kalau begitu, saya akan berpuasa.” Kemudian beliau datang lagi pada hari yang lain dan kami berkata, Wahai Rasulullah, kita telah diberi hadiah berupa Hais (makanan yang terbuat dari kura, samin dan keju). Maka beliau pun bersabda: “Bawalah kemari, sungguhnya dari pagi tadi aku berpuasa,” maka beliau makan. (HR. Muslim)

  1. Pemaaf

v Dari Aisyah r.a berkta: Rasulullah bukan seorang yang bersifat keji dan tidak pernah bersikap keji. Beliau bukan seorang yang suka berteriak di pasar. Beliau tidak membalas kejahatan dengan kejahatan, akam tetapi suka memaafkan. (HR. Tirmizi)

  1. Jujur

v Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya jujur itu membawa kebaikan dan kebaikan itu membawa ke surga, sesungguhnya orang yang berkata benar maka orang tersebut dicatat sebagai orang yang paling jujur. Sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu mengantarkan ke neraka dan orang yang dusta maka akan ditulis di sisi Allah sebagai orang yang paling dusta.” (HR. Bukhari)

  1. Sabar

v Rasulullah SAW bersabda: “Sangat mengagumkan bagi seorang mukmin, sebab segala urusannya sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (HR Muslim)

  1. Percakapan Nabi s.a.w.

v Asiyah r.a berkata: Rasulullah tidak pernah bercakap dengan laju seperti kamu semua. Beliau selalu bercakap dengan jelas dan terperinci, sehingga orang yang mendengar dapat menhafal apa yang mereka dengar. (HR. Tirmizi dan Abu Daud)

v Dari Anas bin Malik bercerita: Rasulullah mengulangi percakapan beliau sehingga tiga kali supaya difahami (oleh mereka yang mendengar) (HR. Tirmizi dan Bukhari)

  1. Bacaan Nabi s.a.w.

v Ya’la bin Mamlak melaporkan, dia bertanya kepada Ummu Salamah mengenai cara Rasulullah membaca Quran. Ummu Salamah menjelaskan, Rasulullah membaca Quran dengan jelas, perkataan demi perkataan. (HR. Abu Daud, Tirmizi dan Nasa’i)

  1. Tangisan Nabi s.a.w.

v Dari Abdullah asy-Shikhkhair berkata: Aku mengunjungi Rasulullah semasa beliau sedang solat. Pada masa itu, terdenganr tangisan beliau yang berbunyi seperti air sedang menggelegak. (HR. Tirmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Khuzaimah)

v Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah mencium Utsman bin Mazh’un yang sudah meninggal dengan air mata yang berlinangan. (HR. Tirmizi, Abu Daud, dan Ibnu Majah)

  1. Nabi s.a.w sukakan wangi-wangian

Dari Aisyah r.a berkata: Aku berikan kepada Nabi saw. wangi-wangian yang paling beliau sukai sehingga saya lihat minyak wangi mengkilap di kepala dan janggut beliau. (HR Bukhari)

Penutup

Wahai pembaca yang dikasihi, sesungguhnya contoh-contoh tauladan yang disebutkan di atas hanyalah sedikit sahaja dari amalan-amalan murni yang sering dilakukan oleh Nabi Muhammad s.w.a. Dari sifat dan sikapnya yang murni sehingga pergaulan sehariannya itu telah dapat memberikan gambaran betapa tingginya keperibadiannya yang tiada tolok bandingnya. Maka itu, jika kita ingin mendapatkan kesejahteraan dan kesenangan yang hakiki di dunia dan akhirat, tidak ada insan yang wajar diikuti akhlak dan keperibadaiannya selain daripada Nabi Muhamamd s.a.w. Marilah sama-sama kita mula mencontohi amalan-amalan Nabi muhammad s.a.w. sedikit demi sedikit jika tidak boleh melakukannya semua dalam suatu masa dalam rangka menjalankan kewajipan kita sebagai hamba Allah s.w.t di permukaan bumi ini.

Oleh:

Ustaz Md Ishlaahuddin Jumat

Pensyarah Kolej Islam Muhamamdiyah Singapura (KIMS)

 

Da'wah Articles Archive


Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131
Donate with MCpayment

You can make online donations to Muhammadiyah Association using your debit/credit cards
Donate via credit/debit card now!


Iqra'


Listen to the Quran Recitation and Translation online in Arabic, English, and Urdu.
Courtesy of QuranExplorer

Muhammadiyah Association


14 Jalan Selamat Singapore 418534
Tel: 6242 7388      Fax: 6449 2781
Email: secretariat@muhammadiyah.org.sg
Registered Under Societies Act No. 2273
Charities Act No. 0659
Unique Entity No. S58SS0020C

Locate Us!

Best viewed in Mozilla Firefox, IE8++ on 1280 x 1024
Copyright © 2012 Muhammadiyah Association


Follow Us!


Like us on Facebook!


Subscribe to our Newsletter!


Coming Soon!!