Site Login

Username              

Staff Access

MA Webmail for Staff
MESS for Staff

Feedback?
Mengapa Akhlaq? (Jan '12)

Mengapa Akhlaq?

Sebenarnya manusia yang hidup hari ini menghadapi krisis akhlaq yang sebenar. Suka atau tidak, kita harus akur akan kurangnya nilai-nilai akhlaq mulia di kalangan masyarakat kita. Maka tidak wajarlah untuk kita membiarkan atau tidak peduli akan masalah ini. Bahkan, kita wajib berusaha sedaya yang mungkin mencontohi kegemilangan akhlaq orang-orang islam terdahulu dalam menjiwai akhlaq Nabi saw. Dan agar kita dapat membentuk ummah ini -sekali lagi- dengan menerapkan mereka dengan akhlaq Nabi saw sepertimana yang telah disifatkan Allah swt dalam firmanNya:

وإنك لعلى خلق عظيم

“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) memiliki akhlaq yang sangat mulia”.

-Suratul Qalam ayat 4-

Pada hakikatnya, agama islam itu adalah agama yang menyeru kepada akhlaq yang berasaskan kepada akhlaq yang baik itu sendiri. Dalam erti kata yang lain, setiap akhlaq yang baik itu adalah perkara yang dianjurkan islam kepadanya, bahkan itulah islam. Nabi saw sebelum diangkat menjadi rasul, beliau terkenal dengan akhlaqnya yang mulia yang bergelar Al-Amin ‘الأمين’ (orang yang amanah). Jika kita lihat, dalam seluruh ajaran Islam, akhlaq menempati kedudukan yang sangat istimewa dan penting. Ini kerana Nabi saw menempatkan penyempurnaan akhlaq yang mulia itu sebagai misi dasar Risalah Islam. Nabi saw bersabda:

إنما بعثت لأتمم صالح الأخلاق

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemulian akhlaq”. -HR Bukhari-

Ini menunjukkan bahawa, seluruh perkataan dan perbuatan yang datang dari Nabi saw itu merupakan akhlaq yang baik. Oleh itu, ketika Nawas ibnu sama’n -ra- bertanya kepada Nabi saw tentang apa itu kebaikan dan dosa, Nabi saw berkata kepadanya:

البر حسن الخلق والإثم ما حاك في صدرك وكرهت أن يطَّلِعَ عليه الناس

“Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwamu dan kamu tidak suka jika diketahui manusia”. -HR Muslim-

Pengertian Akhlaq

Secara bahasa, asal perkataan ‘akhlaq’ (أخلاق) itu diambil dari bahasa arab, ia jamak dari ‘khuluq’ (خُلق) yang bermaksud budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat. Asal perkataan dari ‘kholaqa’ (خَلَقَ) yang bermaksud mencipta. Seakar dengan kata ‘kholiq’ (خالِق) bermaksud pencipta, ‘makhluq’ (مخلُوق) yang diciptakan dan ‘kholq’ (خَلْق) bermaksud penciptaan.

Persamaan akar kata diatas mengisyaratkan bahawa dalam akhlaq merangkumi pengertian terciptanya keterpaduan antara kehendak ‘Kholiq’ (Allah) dengan perilaku ‘Makhluq’ (manusia). Atau dengan kata lain, perilaku seseorang terhadap yang lainnya mengandungi nilai akhlaq yang hakiki, dan perilaku tersebut harus berdasarkan kepada kehendak ‘Kholiq’ (Allah). Dari pengertian ini, dapat difahami bahawa akhlaq bukan saja merupakan tata aturan atau perilaku yang mengatur hubungan antara sesama manusia, tetapi juga mengatur hubungan antara manusia dengan Allah swt dan bahkan dengan alam semesta sekalipun.

Adapun akhlaq secara istilah, seperti yang ditakrifkan Al-Imam Al-Ghazali di dalam Ihya, “Akhlaq adalah sifat yang tertanam dalam jiwa, yang melahirkan perbuatan-perbuatan dengan mudah dan senang, tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan”.

Maka jika sifat tersebut melahirkan suatu perbuatan atau tindakan yang terpuji menurut ketentuan agama, ia dinamakan akhlaq yang baik. Tetapi jika ia melahirkan perbuatan yang jahat, ia dinamakan akhlaq yang buruk. Ini kerana -pada dasarnya- sumber akhlaq adalah Al-Quran dan As-Sunnah, bukan akal fikiran atau pandangan masyarakat. Dalam konsep akhlaq, segala sesuatu itu dinilai baik atau buruk, terpuji atau tercela semata-mata kerana Syara’ (Al-Quran dan As-Sunnah) yang menilainya demikian. Contohnya sifat sabar, syukur, pemaaf, pemurah dan jujur kenapa dinilai baik? Tidak lain kerana Syara’ menilai semua sifat-sifat itu baik. Begitu juga sebaliknya.

Kesimpulan

Sebenarnya, agama islam itu adalah berasaskan tiga perkara iatu; aqidah, syariah dan akhlaq. Ini berdasarkan hadith Nabi saw ketika baginda ditanya oleh Malaikat Jibril tentang Islam, Iman dan Ihsan. Maka itu, akhlaq tidak dapat dipisahkan dari seorang muslim kerana ia berkait rapat dengan aqidah dan juga syariah. Pentingnya akhlaq yang mulia ini sehingga terdapat banyak hadith-hadith Nabi saw yang menggalakannya. Ummul Mukminin Aisyah -ra- diantara orang yang paling banyak meriwayatkan hadith-hadith Nabi saw ketika ditanya kepadanya tentang akhlaq Nabi saw, beliau menjawab:

كان خلقه القرآن

“ Adalah akhlaq Nabi saw itu Al-Quran” -HR Ahmad-

Dari sini kita dapat lihat bahawa Nabi saw merupakan contoh akhlaq yang patut diikuti dan dijiwai. Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah swt telah mengutus seorang insan kamil (manusia yang sempurna) ke dunia ini untuk diteladani. Sayang sekali, manusia yang wajib diikuti dan menjadi idola bagi umat Islam itu kurang dikenali oleh umat Islam sendiri kerana tidak mempelajari sejarah hidup Nabi saw dengan benar. Namun, insan yang memiliki nilai akhlaq yang sangat mulia ini tidak pernah lupa untuk mengingatkan umatnya dalam mempraktikkan akhlaq mulia serta mengajak mereka supaya selalu berdoa agar Allah swt membaikkan akhlaq mereka. Baginda berdoa:

اللهم اهدني لأحسنِ الأخلاق، فإنه لا يهدى لأحسنها إلا أنت، واصرف عني سيئها، فإنه لا يصرف عني سيئها إلا أنت

“ Ya Allah tunjukkanlah aku (jalan menuju) akhlaq yang baik, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat memberi petunjuk (menuju jalan) yang lebih baik melainkan Engkau. Hindarkanlah aku dari akhlaq yang buruk, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat menghindarkan aku dari akhlaq yang buruk kecuali Engkau.” -HR Muslim-

Ust. Suffian Eusope
Kolej Islam Muhammadiyah Singapura (KIMS)

 

Da'wah Articles Archive


Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131
Donate with MCpayment

You can make online donations to Muhammadiyah Association using your debit/credit cards
Donate via credit/debit card now!


Iqra'


Listen to the Quran Recitation and Translation online in Arabic, English, and Urdu.
Courtesy of QuranExplorer

Muhammadiyah Association


14 Jalan Selamat Singapore 418534
Tel: 6242 7388      Fax: 6449 2781
Email: secretariat@muhammadiyah.org.sg
Registered Under Societies Act No. 2273
Charities Act No. 0659
Unique Entity No. S58SS0020C

Locate Us!

Best viewed in Mozilla Firefox, IE8++ on 1280 x 1024
Copyright © 2012 Muhammadiyah Association


Follow Us!


Like us on Facebook!


Subscribe to our Newsletter!


Coming Soon!!