Site Login

Username              

Staff Access

MA Webmail for Staff
MESS for Staff

Feedback?
Akhlaq, Landasan Tingkah Laku (Jan '12)

Akhlaq; landasan tingkah laku.

Manusia adalah makhluk yang dianugerahkan akal fikiran yang mampu mengimbangi kebenaran dan kebatilan. Mampu menghasilkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan faedah bagi diri sendiri mahupun selainnya. Akal fikiran manusia ini telah disanjung tinggi oleh manusia itu sendiri sejak kewujudan manusia di alam fana ini.

Di kalangan manusia ada yang berbangga dengan kelebihan akal sendiri, ada juga yang sanggup menyembah insan lantaran akalnya yang kuat dan mampu mengalahkan segala akal yang ada di sekelilingnya.

Namun setinggi mana diangkat anugerah akal yang dipinjamkan ini kepada manusia, tidak akan mampu untuk menetapkan cara hidup yang terbaik bagi manusia itu sendiri. Manhaj atau sistem kehidupan yang diletakkan oleh manusia sentiasa menemui jalan mati. Tiada satu pun catatan sejarah manusia yang dapat membuktikan bahawa seseorang pernah dan mampu mencorak sistem kehidupan yang menjamin kebahagiaan sebenar.

Bagaimanakah akal manusia akan berjaya dalam menghasilkan sesuatu yang terbaik bagi akal manusia itu sendiri, sedangkan akal itu juga tidak terlepas dari kelemahan. Seharus dan sewajarnya yang hanya mampu menyediakan manhaj yang terbaik bagi akal itu adalah Yang menciptakannya kerana Pencipta –Allah s.w.t- tahu akan kekuatan dan kelemahan ciptaanNya.

Sangat benar dan jelaslah bahawa manusia benar-benar memerlukan kepada manhaj kehidupan yang menjamin kebahagiaan sebenar. Lantaran itu diutuskan Nabi Muhammad s.a.w untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak, dan sekaligus akan membasmi akhlak mazmumah(tercela).

Jika dilihat dan dikaji bahawa Al-Quran yang mengandungi di dalamnya cerita-cerita dan hukum-ahkam, semuanya tidak terlepas dari kaitan rapat dengan akhlak.

Sebagai contoh perintah Zakat yang diwajibkan ke atas setiap Muslim yang mampu, bukanlah hanya sebagai hukum, namun ianya lebih daripada itu. Di antaranya ialah Zakat sebagai salah satu cara pentarbiyahan jiwa muslim dalam mensyukuri nikmat Allah,mengikis dan menghindari sifat tamak di dalam diri, juga mendidik jiwa agar menghargai orang-orang yang memerlukan dengan memberikan bantuan kepada mereka.

Di dalam Al-Quran juga telah menjelaskan kepentingan berakhlak mahmudah terhadap keluarga, diri sendiri, masyarakat dan lain-lain lagi. Bahkan dengan memahami isi kandung Al-Quran dengan baik akan menyedarkan kita bahawa sebagai manusia hendaklah berakhlaq mulia terhadap Allah dan segala ciptaanNya seperti manusia, haiwan, jin, para malaikat dan lain-lain lagi.

Maka dengan itu Allah s.w.t telah mengutuskan seorang Nabi akhir zaman yang dikenali sebagai Insan Kamil (Manusia yang sempurna) sebagai seorang Nabi yang wajib dicontohi dari segala aspek. Akhlak dan tingkah laku Rasulullah adalah yang paling sempurna sehingga mendapat pengiktirafan daripada Allah s.w.t yang ditulis di dalam Al-Quran :

وإنك لعلى خلق عظيم

“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai keperibadian yang sangat agung.”

Begitu tinggi pengiktirafan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. Sehinggakan Allah menggunakan perkataan "إن" yang bermakna “sesungguhnya” dan juga huruf "ل" di dalam perkataan "لعلى" membuktikan bahawa sabitnya pengiktirafan tersebut bahawa Rasulullah s.a.w benar-benar mempunyai keperibadian yang sangat agung.

Dan seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ketika Sayyidatina Aisyah r.a ditanya tentang bagaimanakah Akhlak Rasulullah, beliau menjawab soalan tersebut dengan mengatakan bahawa Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran.

Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar kita bahawa setiap perkara mempunyai adab-adabnya. Sehinggakan di dalam peperangan juga mempunyai adab-adabnya, begitulah juga ketika orang-orang muslimin menjalankan ibadah korban juga mempunyai adab-adabnya. Bahkan, hingga kepada perkara memasuki tandas juga mempunyai adab-adab dan do’anya.

Maka di sini amat jelaslah bahawa akhlak mempunyai peranan dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan kita ini. Di dalam perkara muamalah, dakwah, dan sebagainya hendaklah dilakukan atas landasan akhlak mahmudah. Tidak benarlah sekiranya kita berdakwah dengan tidak berakhlak mahmudah, kerana yang diperintahkan ialah berdakwah dengan berhikmah.

Semoga dengan kata-kata ringkas ini dapat dijadikan sebagai langkah pertama untuk kita bangun, mencari dan mengkaji tentang keperibadian rasulullah s.a.w. Dan sekaligus hendaklah kita jadikan Rasulullah sebagai idola dan ketua kita yang sewajarnya diikuti setiap saat dan ketika.

Salam hormat,

Ust Sayid Sufyan B Jasin

Mudir

Kelas Asas Bimbingan Agama (KABA)

 

Da'wah Articles Archive


Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131
Donate with MCpayment

You can make online donations to Muhammadiyah Association using your debit/credit cards
Donate via credit/debit card now!


Iqra'


Listen to the Quran Recitation and Translation online in Arabic, English, and Urdu.
Courtesy of QuranExplorer

Muhammadiyah Association


14 Jalan Selamat Singapore 418534
Tel: 6242 7388      Fax: 6449 2781
Email: secretariat@muhammadiyah.org.sg
Registered Under Societies Act No. 2273
Charities Act No. 0659
Unique Entity No. S58SS0020C

Locate Us!

Best viewed in Mozilla Firefox, IE8++ on 1280 x 1024
Copyright © 2012 Muhammadiyah Association


Follow Us!


Like us on Facebook!


Subscribe to our Newsletter!


Coming Soon!!