Site Login

Username              

Staff Access

MA Webmail for Staff
MESS for Staff

Feedback?
Tabuk (Mar '12)

Tabuk

Perang yang terjadi pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. terbahagi kepada dua, ghazwah (perang yang dipimpin oleh Nabi s.a.w.) dan sariyyah (perang yang dipimpin sahabat atas perlantikan Nabi s.a.w.). Salah satu ghazwah yang berlaku ialah perang Tabuk.

Saat dan waktu yang dipilih oleh Rasulullah s.a.w. dalam misi melaksanakan perang Tabuk merupakan ujian yang besar buat sahabat pada ketika itu. Ini kerana cuaca pada ketika itu tersangat panas dan pada masa yang sama ia adalah musim menuai. Ditambah pula Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh lagi menyukarkan.

Memandangkan para sahabat, khususnya orang-orang Ansar, merupakan peladang, tentunya perlaksanaan misi tersebut merupakan satu hambatan.

Di waktu keberangkatan, seramai lebih kurang 80 orang tidak turut serta. Sebahagian besar dari mereka yang memilih untuk bertindak sedemikian adalah golongan munafik, berserta 3 orang sahabat. Salah seorang dari sahabat tersebut ialah Ka’ab bin Malik.

Sejurus setelah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pulang dari misi Tabuk, Nabi s.a.w. didatangi oleh kumpulan yang tidak turut serta. Golongan munafik datang dengan membawa pelbagai alasan, yang diikuti dengan sumpah palsu, untuk menguatkan alasan mereka. Rasulullah s.a.w. menerima alasan mereka; dan mereka pun memperbaharui bai'at setia mereka. Nabi s.a.w. memohon keampunan bagi mereka dan menyerahkan selebihnya kepada Allah s.w.t.

Ketika giliran Ka’ab bin Malik tiba, beliau ditanya oleh Nabi s.a.w., “Wahai Ka’ab, mengapa kau tidak turut serta? Bukankah kau telah membai'at menjanjikan kesetiaanmu?”, Ka’ab menjawab, “Ya Rasulullah! Demi Allah. Kalau orang yang duduk di hadapan aku ini adalah salah seorang penduduk dunia, tentu aku akan utarakan suatu alasan rasional yang dapat menghindari amarahnya. Namun, demi Allah, aku percaya kalau aku berbohong kepadamu dan engkau pun menerima alasan kebohonganku, aku takut Allah akan membenciku. Dan sebaliknya jika aku berkata benar, kemudian kerana itu engkau marah padaku, sesungguhnya aku berharap aku mendapat maghfirah (keampunan) dari Allah. Ya Rasulullah, demi Allah, aku tidak punya sebarang keuzuran. Demi Allah, keadaan ekonomiku tidak pernah sebaik ketika kedatangan perintah darimu.”

Mendengarkan jawapan Ka’ab Rasulullah s.a.w. pun berkata, “Kalau begitu keadaan sebenarnya, pergilah kamu sehingga Allah menurunkan keputusan-Nya kepadamu!”

Setelah meninggalkan Rasululllah s.a.w. Ka’ab difahamkan bahawa Murarah bin Rabi’ah Al-Amir dan Hilal bin Umayyah Al-Waqifi telah memberi jawapan yang serupa seperti beliau. Mendengar nama kedua-dua ahli Badar tersebut Ka'ab langsung bergegas menemui mereka.

Tidak lama setelah itu, Rasulullah s.a.w. mengeluarkan perintah melarang kaum muslimin dari bercakap dengan mereka bertiga. Perintah ini membuat Murarah bin Rabi'ah dan Hilal bin Umayyah langsung mengasingkan diri dengan memerap di rumah menangisi nasib masing-masing. Tetapi Ka’ab memilih untuk menghadapi masyarakat. Beliau keluar untuk solat jama'ah dan juga ke pasar meskipun tiada seorang pun ingin bercakap dengannya. Ka’ab bahkan menghadiri majilis Rasulullah s.a.w. dan mengucapkan salam kepada baginda, serta mengharapkan baginda menjawabnya.

Selanjutnya Ka’ab cuba solat dekat sekali dengan Rasulullah s.a.w. dan mencuri-curi pandang. Namun setiap kali Rasulullah s.a.w. terlihat beliau, dengan pantas baginda akan memalingkan muka.

Akibat tekanan yang semakin memuncak kerana layanan dingin dari masyarakat, maka pada suatu hari, Ka’ab mengetuk pintu pagar Abu Qatadah, saudara sepupunya dan mengucapkan salam kepadanya. Tetapi Abu Qatadah tidak menjawab salamnya, lalu Ka’ab berkata, “Abu Qatadah! Aku mohon dengan nama Allah, apakah engkau tahu bahawa aku mencintai Allah dan Rasul-Nya?”

Abu Qatadah tidak menjawab. Lalu Ka’ab mengulangi soalannya, namun dia tetap berdiam diri. Setelah diulang buat kali ketiga, barulah Abu Qatadah menjawab dengan berkata, “Allah dan Rasul-Nya lebih tahu!”. Mendengar jawapan beliau berlinanglah air mata Ka’ab.

Pada hari yang ke-40 semenjak diboikot, tiba-tiba datanglah kepada beliau seorang pesuruh Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanannya, “Rasulullah memerintahkan kepadamu supaya kamu menjauhi isterimu!”

“Apakah aku harus menceraikannya atau apa yang akan aku lakukan?”, tanya Ka’ab. Nabi s.a.w. menjelaskan, “Tidak. Bahkan, kau harus menjauhkan dirimu darinya dan isterimu harus menjauhkan dirinya darimu!”

Semenjak datang perintah tersebut maka Ka’ab mulai tinggal sendirian di rumah. Ketika solat Subuh di suatu pagi, dari malam yang ke-50, ketika Ka’ab sedang duduk berzikir meminta ampun dan memohon agar dilepaskan dari kesempitan hidup di alam yang luas ini, tiba-tiba terdengar teriakan memanggil nama beliau. "Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah! Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah!"

Mendengar berita tersebut, sujudlah Ka’ab memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. atas pembebasan hukuman ke atas mereka bertiga. Beliau langsung bergegas ke masjid untuk menemui Rasulullah s.a.w. Sebaik saja Ka’ab menemui Rasulullah s.a.w. beliau bertanya, “Apakah berita ini datang dari Allah ataukah dari engkau wahai Rasulullah?”

“Bukan dariku! Pengampunan itu datangnya dari Allah!” jawab Rasul s.a.w. Mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. Kaab menyambut, “Wahai Rasulullah, kerana taubat aku terima dari Allah, maka aku lepaskan semua hartaku dan akan aku sedekahkannya demi Allah dan Rasul-Nya.”

Sambung beliau lagi, “Demi Allah aku belum pernah merasakan besarnya nikmat Allah kepadaku sesudah Dia memberi hidayah Islam kepadaku, lebih besar bagi jiwaku daripada sikap jujurku kepada Rasulullah s.a.w.”

Ka’ab lalu membaca ayat pengampunannya itu dengan penuh terharu dan syahdu, sementara air matanya membasahi kedua-dua pipinya.

“Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan) dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepada-Nya; kemudian Allah (memberi taufik serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (At-Taubah:118)

Oleh:

Ustaz Hanafiah Budin

Anggota Jawatankuasa Dakwah Persatuan Muhammadiyah

 

Da'wah Articles Archive


Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131

Warning: Creating default object from empty value in /home/muhamma1/public_html/modules/mod_articles_items/helper.php on line 131
Donate with MCpayment

You can make online donations to Muhammadiyah Association using your debit/credit cards
Donate via credit/debit card now!


Iqra'


Listen to the Quran Recitation and Translation online in Arabic, English, and Urdu.
Courtesy of QuranExplorer

Muhammadiyah Association


14 Jalan Selamat Singapore 418534
Tel: 6242 7388      Fax: 6449 2781
Email: secretariat@muhammadiyah.org.sg
Registered Under Societies Act No. 2273
Charities Act No. 0659
Unique Entity No. S58SS0020C

Locate Us!

Best viewed in Mozilla Firefox, IE8++ on 1280 x 1024
Copyright © 2012 Muhammadiyah Association


Follow Us!


Like us on Facebook!


Subscribe to our Newsletter!


Coming Soon!!