Site Login

Username              

Staff Access

MA Webmail for Staff
MESS for Staff

Feedback?
Biasiswa 2017


The Muhammadiyah Association’s Scholarship Application for year 2017 is NOW OPEN.


Up to four 
Ibnu Sina Awards, each valued at $4,000 for one year  


(
Download application form)


Only shortlisted applicants will be contacted.

For enquiries, please contact MWH Corporate Communications & Resource Unit
Telephone: 63456113 or email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it



For further information about the scholarships, please read below.
The deadline for the submission of application forms for Biasiswa Muhammadiyah 2017 is Friday, 5 October 2017.


MAKLUMAT TENTANG BIASISWA MUHAMMADIYAH 2017

    1.  Tahun ini Persatuan Muhammadiyah akan sekali lagi menawarkan Anugerah Ibnu Sina untuk pelajar-pelajar dari bidang akademik ataupun ukhrawi yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat lanjutan.

    2.   Usaha berterusan ini sejajar dengan matlamat khusus Persatuan Muhammadiyah untuk menggalak lahirnya cendikiawan yang mahir dalam dwi-bidang, iaitu sekular/saintifik dan agama.

    3.  Tahun ini, Biasiswa Muhammadiyah akan menawarkan sehingga empat anugerah ‘Ibnu Sina’ yang setiap satu bernilai $4,000, diberikan untuk tempoh setahun. Keseluruhan nilai untuk 4 anugerah - $16,000   

    4.  Setiap penerima Biasiswa dikehendaki menandatangani perjanjian (Letter of Undertaking) dengan Persatuan Muhammadiyah untuk menyumbang tenaga secara sukarela setelah tamat pengajian. Penerima Anugerah Ibnu Sina dikehendaki menyumbang 100 jam tenaga suka-rela. 

Sasaran

            5.  Biasiswa ini dikhususkan untuk pelajar-pelajar dari golongan berikut:

           a.  Pelajar-pelajar dari madrasah tempatan yang telah mempunyai diploma atau ijazah, dan ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang sekular/akedemik di peringkat ijazah atau post-siswazah.
              
           b.  Pelajar-pelajar dari bidang sekular/akademik seperti undang-undang, pendidikan, perakaunan, sains kemasyarakatan atau sains hayat, yang bercadang untuk mendalami pengajian di peringkat ijazah/sarjana di dalam bidang agama, misalnya bidang syariah, fiqh, hadith, sejarah Islam atau ilmu al-Quran.

           c.  BARU: Pelajar-pelajar jurusan ukhrawi lulusan universiti Islam yang mahu melanjutkan latihan professional di polyteknik tempatan  dalam bidang saintifik atau sekular. 


PROSES PERMOHONAN 
 

Permohonan boleh dibuat dari 05 Ogos hingga 05 Oct 2017.

Borang atau sebarang pertanyaan lain boleh diajukan ke alamat berikut:
MWH Corporate Communications & Resource Unit, 58 Bedok North St 3, Singapore 469624, talian: 63456113 atau email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


The Muhammadiyah Association’s Scholarship Application for year 2014 is NOW OPEN.

There are two categories of awards :

1) One Ibnu Taimiyyah Award at a value of $10,000 for one year OR three Ibnu Sina Awards, each valued at $4,000 for one year. (Download application form)

2) One Al Fatih Award at a value of $2,500 for one year, for ex-residents of Muhammadiyah Welfare Home only. (Download application form)

For further information about the scholarships, please read more below.
The deadline for the submission of applications for Biasiswa Muhammadiyah 2014 Friday, 30 May 2014.



MAKLUMAT MENGENAI BIASISWA ANUGERAH AL-FATIH


    1. Biasiswa ini hanya dibuka kepada bekas penghuni RKM yang sedang atau bercadang untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat pos-menengah seperti institut pendidikan teknikal (ITE), politeknik dan universiti autonomi.

    2. Anugerah Al-Fatih yang ditawarkan bernilai SG$2,500 setahun. Ia boleh digunakan untuk menampung yuran pengajian serta kos-kos sampingan (terhad pada jumlah SG$2,500 setahun).

    3. Syarat-syarat kelayakan
    a) Pemohon pernah tinggal di RKM selama sekurang-kurangnya 6 bulan.
    b) Pemohon harus berusia 17 tahun ke atas sewaktu memohon.
    c) Pemohon sudah mendapat tempat di institut pengajian. 


MAKLUMAT MENGENAI BIASISWA ANUGERAH IBNU TAIMIYYAH DAN ANUGERAH IBNU SINA
    1. Tahun ini, Biasiswa Muhammadiyah akan menawarkan anugerah berikut: 
    • a. Satu Anugerah ‘Ibnu Taimiyyah’ yang bernilai $10,000 untuk tempoh setahun;
      ATAU 
      • b. Tiga Anugerah ‘Ibnu Sina’ dengan setiap satu bernilai $4,000 untuk tempoh setahun.
    2. Setiap penerima Biasiswa dikehendaki menandatangani perjanjian (Letter of Undertaking) dengan Persatuan Muhammadiyah untuk menyumbang tenaga secara sukarela setelah tamat pengajian. Penerima Anugerah Ibnu Taimiyyah dikehendaki menyumbang tenaga secara sukarela selama 200 jam bagi setiap tahun Anugerah diberikan; manakala penerima Anugerah Ibnu Sina dikehendaki menyumbang tenaga secara sukarela selama 100 jam.
Sasaran
    3. Biasiswa ini dikhususkan untuk pelajar-pelajar dari golongan berikut:
    • a. Pelajar-pelajar dari madrasah tempatan yang telah mempunyai diploma atau ijazah, dan ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang sekular/akedemik di peringkat ijazah atau post-siswazah.
      b. Pelajar-pelajar dari bidang sekular/akademik seperti undang-undang, pendidikan, perakaunan, sains kemasyarakatan atau sains hayat, yang bercadang untuk mendalami pengajian di peringkat ijazah/sarjana di dalam bidang agama, misalnya bidang syariah, fiqh, hadith, sejarah Islam atau ilmu al-Quran. 
Matlamat Jangka Panjang
    4. Dalam konteks masyarakat Melayu/Islam di Singapura, diakui bahawa kita sangat memerlukan para profesional dan cendekiawan yang dapat memberikan kepimpinan bukan sahaja dalam bidang profesional malah kepimpinan dalam bidang fikrah Islam (‘professional leadership’ and ‘Islamic thought leadership’).
    5. Dalam dunia yang semakin global ini, cabaran yang kita harungi menjadi bertambah kompleks. Huraiannya pula tidak lagi boleh bersifat simplistik: malah mesti serasi dengan konteks masyarakat majmuk di Singapura dan sejajar dengan nilai Islam. Huraian yang diperlukan seringkali memerlukan pendekatan ‘trans-disciplinary’, iaitu, penggabungan atau integrasi ilmu dalam bidang-bidang yang berasingan.
    6 Demi mencapai matlamat ini, kita memerlukan sekumpulan individu yang berupaya, mahir dan dapat mengintegrasi dan menyatukan ilmu saintifik dan agama.
    7. Anugerah Ibnu Taimiyyah dan Anugerah Ibnu Sina yang ditawarkan bertujuan untuk menggalakkan pelajar peringkat tinggi meneroka kedua-dua bidang sains dan agama. Nama yang dipilih untuk biasiswa ini diilhamkan dari nama tokoh-tokoh cendekiawan Islam yang ulung, Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Sina yang mencerminkan kebolehan ‘trans-disciplinary’ dan keupayaan menggabungkan ilmu duniawi dan ukhrawi.

PROSES PERMOHONAN 

Permohonan untuk Biasiswa Muhammadiyah dibuka dari sekarang hingga Jumaat, 30 Mei 2014. Borang permohonan boleh dimuat-turun dari lelaman web disini. Borang atau sebarang pertanyaan lain boleh diajukan ke alamat berikut:
MWH Corporate Communications & Resource Unit, 58 Bedok North St 3, Singapore 469624, talian: 63456113 atau email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 
Donate with MCpayment

You can make online donations to Muhammadiyah Association using your debit/credit cards
Donate via credit/debit card now!


Iqra'


Listen to the Quran Recitation and Translation online in Arabic, English, and Urdu.
Courtesy of QuranExplorer

Muhammadiyah Association


14 Jalan Selamat Singapore 418534
Tel: 6242 7388      Fax: 6449 2781
Email: secretariat@muhammadiyah.org.sg
Registered Under Societies Act No. 2273
Charities Act No. 0659
Unique Entity No. S58SS0020C

Locate Us!

Best viewed in Mozilla Firefox, IE8++ on 1280 x 1024
Copyright © 2012 Muhammadiyah Association


Follow Us!


Like us on Facebook!


Subscribe to our Newsletter!


Coming Soon!!